Restoran Nasi Kukus 1MDB di Glenmarie, Shah Alam kelihatan tidak beroperasi lagi.Baru sahaja berhajat menikmati nasi kukus 1MDB, rupa-rupanya restoran yang terletak di Glenmarie, Shah Alam itu sudah lama ditutup dan tidak beroperasi.
Akaun Facebook, Nasi Kukus 1MDB masih dilihat aktif dengan status “dibuka dari pukul 7 pagi hingga 5 petang” walaupun muat naik terakhirnya adalah pada 11 November 2017 dan “review” yang diberikan pelanggan pula 18 November lalu. Hasrat FMT Ohsem mengunjungi dan merasa nasi kukus di restoran di premis No 23, Jalan Peniaga U1/34, Hicom-Glenmarie Industrial Park hambar apabila bidai kuningnya tertutup rapat dan dikunci dengan mangga. Menurut seorang jurujual di kedai runcit bersebelahan yang enggan namanya didedahkan, restoran tersebut sudah lebih 3 bulan tidak beroperasi. Restoran Nasi Kukus 1MDB yang merupakan singkatan bagi “1 Makan Dan Bungkus” didapati menerima pelbagai respon positif daripada pelanggan yang berkongsi pengalaman mereka di Facebook. Ada yang mengakui ia makanan yang sesuai bagi mereka yang bercitarasa “Kelantan” manakala nasi lemaknya pula dikatakan antara pilihan terbaik di sini. Antara menu yang ditawarkan ialah nasi lemak dan kopi “O”, nasi kukus ikan cencaru, nasi ayam penyet dan sebagainya. Ia juga menjual produk kopi sendiri iaitu Greycoffee yang dijual untuk diminum dan secara runcit, didatangkan dalam bungkusan kotak. Muat naik pertama dalam Facebook Nasi Kukus 1MDB adalah pada 26 Mac 2017 dengan penjelasan: “Nasi Kukus 1MDB (1 Makan dan Bungkus) adalah sajian dengan citarasa tulen. Sajian kami cukup untuk diungkapkan dengan kata sedap, murah dan ringkas.” Pesanan Messenger yang baru diterima daripada pengendali Facebook Nasi Kukus 1MDB mengesahkan operasi restoran tersebut ditutup untuk sementara waktu. sumber : http://bit.ly/2G6CMWd gambar : FMT Ohsem
0 Comments
Bahan-Bahan :
Cara Membuat :
|
ArchivesCategories |